6. Wang yang dibayar, digunakan dan diuntukkan mulai 27 Februari 2020 hingga tarikh penyiaran Akta disifatkan sah
Feedback & supportApa-apa wang yang diperdapat di bawah subseksyen 3(1) Akta
Pinjaman (Tempatan) 1959 dan wang yang diterima di bawah subseksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 yang dibayar ke dalam, digunakan dan diuntukkan bagi maksud, Kumpulan Wang
COVID-19, bagi tempoh mulai 27 Februari 2020 hingga tarikh Akta ini disiarkan dalam Warta, hendaklah disifatkan telah dibayar, digunakan dan diuntukkan dengan sah sedemikian.