Seksyen 5
Penggunaan Kumpulan Wang COVID-19
of Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020
(1)
Wang dalam Kumpulan Wang COVID-19 hendaklah digunakan dan diuntukkan bagi maksud program di bawah pakej rangsangan ekonomi dan pelan pemulihan ekonomi yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual mengikut amaun yang dinyatakan dalam ruang (2).
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, jika difikirkan patut olehnya
(a)
mengehadkan atau menggantung amaun untuk digunakan dan diuntukkan bagi maksud apa-apa program; atau
(b)
mengarahkan mana-mana jumlah yang diuntukkan bagi suatu program supaya diuntukkan bagi menampung apa-apa program lain yang jumlah yang diuntukkan baginya mungkin tidak mencukupi suatu amaun tambahan daripada apa-apa lebihan daripada program yang mula-mula disebut.
8 Undang-Undang Malaysia
(3)
Menteri hendaklah memastikan bahawa penggunaan dan penguntukan wang dalam Kumpulan Wang COVID-19 digunakan hanya bagi program yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual, dengan mengambil kira apa-apa yang dibuat di bawah subseksyen (2), dan tidak melebihi jumlah amaun yang diperuntukkan bagi program-program itu.
Wang yang dibayar, digunakan dan diuntukkan mulai 27
Februari 2020 hingga tarikh penyiaran Akta disifatkan sah