Seksyen 4
Penubuhan Kumpulan Wang COVID-19
of Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020
Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang
COVID-19 ditubuhkan dan hendaklah dinyatakan dan dimasukkan ke dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
(2)
Walau apa pun subseksyen 5(1) Akta Pinjaman
(Tempatan) 1959 dan seksyen 4 Akta Pendanaan Kerajaan 1983, mana-mana wang yang diperdapat di bawah subseksyen 3(1) Akta
Pinjaman (Tempatan) 1959 dan mana-mana wang yang diterima di bawah subseksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 boleh dibayar ke dalam Kumpulan Wang COVID-19 bagi maksud penggunaannya di bawah seksyen 5.