Skip to content

Seksyen 20

Pengambilan khidmat pegawai dan pekhidmat lain

of Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009

ActIn forceProvision 20 of 106
Seksyen 20
(1)

Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (4), Lembaga boleh mengambil khidmat apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat lain termasuk termasuk

Pengelas sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembaga dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga.

(2)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.

(3)

Tiada seorang pun layak untuk diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendirinya atau menerusi pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.

(4)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmatnya.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 692

(5)

Lembaga boleh mengguna pakai dengan apa-apa pengubahsuaian yang difikirkannya patut apa-apa peraturan, kaedah, dasar, pekeliling atau arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah Bahagian ini.