Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

Bahagian IV · Kewangan

27. Ses ke atas tembakau dan keluaran tembakau

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri

Kewangan, membuat perintah bagi pengenaan, perubahan atau pembatalan sesuatu ses ke atas tembakau dan keluaran tembakau yang dikeluarkan di dalam atau diimport ke Malaysia dan perintah itu boleh menyatakan jenis, amaun dan kadar ses, orang atau golongan orang yang ke atasnya ses itu dikenakan dan cara kutipan ses itu.

(2)

Ses yang dikenakan oleh perintah itu hendaklah, bagi maksud kutipan dan bagi penguatkuasaan kutipannya, dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Ses.

(3)

Suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan amaun, kadar dan cara kutipan yang berbeza bagi jenis tembakau dan keluaran tembakau yang berlainan berhubung dengan orang yang berlainan atau golongan orang yang berlainan.

(4)

Seseorang yang tidak atau enggan membayar apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun ses yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 33

(5)

Amaun apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada

Lembaga daripada orang yang ke atasnya ses itu dikenakan dan boleh diambil guaman bagi dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga.

(6)

Pembawaan prosiding di bawah seksyen ini tidak melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti bagi pembayaran apa-apa ses yang baginya dia adalah atau boleh menjadi bertanggungan atau daripada liabiliti membuat apa-apa penyata yang dikehendaki dibuat olehnya oleh Akta ini.

Report

Bahagian V

Kuasa Lain Lembaga

Bahagian VI

Pelesenan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules