Seksyen 28
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
of Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009
Perbelanjaan Lembaga ke takat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.
(2)
Sebelum hari pertama bulan Jun setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
(3)
Menteri hendaklah, sebelum hari pertama bulan Januari tahun yang berikutnya, memberitahu Lembaga mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara umumnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).
(4)
Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang dimasukkan ke dalam anggaran tambahan itu.