Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga
7. Tempoh jawatan
Feedback & support(1)
Tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 6(a) atau (i) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun.
(2)
Seseorang anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 6(a) atau (i) adalah layak untuk dilantik semula tetapi tiada anggota boleh memegang jawatan itu bagi tempoh lebih daripada dua penggal sama ada secara berterusan atau selainnya.