Skip to content

Seksyen 8

Anggota silih ganti

of Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009

ActIn forceProvision 8 of 106
Seksyen 8
(1)

Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(b) hingga (g), melantik seorang untuk menjadi anggota silih ganti sebagai ganti anggota itu untuk menghadiri mesyuarat Lembaga atau mesyuarat mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga jika anggota itu atas apa-apa sebab tidak dapat hadir.

(2)

Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi semua maksud disifatkan sebagai anggota Lembaga.

(3)

Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan sebagai anggota atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi seorang anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia seorang anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.