Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian VIII
83. Pensubahatan dan cubaan boleh dihukum sebagai kesalahan
Feedback & support(1)
Seseorang yang bersubahat dalam pelakuan atau yang cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh apabila disabitkan dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
(2)
Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan persediaan untuk atau sebagai pelanjutan kepada pelakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh apabila disabitkan dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu:
Dengan syarat apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi setengah daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Undang-Undang Malaysia 64