Seksyen 84
Pengkompaunan kesalahan
of Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009
Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, menawarkan secara bertulis untuk mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan menjadi suatu kesalahan boleh dikompaun oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Lembaga suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
(2)
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
(3)
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4)
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan selepas itu boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaun kesalahan itu dibuat dan mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut untuk dikenakan oleh Ketua
Pengarah mengikut syarat kompaun itu.