Skip to content

Seksyen 22

of Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980

ActIn forceProvision 25 of 40

Seksyen 22

(1)

Jika apa-apa harta tak alih, yang bukannya tanah Negeri atau tanah rizab perlu diperoleh oleh Lembaga bagi maksud Akta ini dan tidak dapat diperoleh melalui perjanjian, harta itu boleh diperoleh mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 231

berhubungan dengan pengambilan tanah bagi suatu maksud awam yang pada masa itu berkuat kuasa di Negeri itu dan apa-apa akuan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis itu yang menyatakan bahawa tanah itu adalah diperlukan sedemikian bolehlah dibuat walaupun pampasan akan dibayar daripada wang Lembaga, dan akuan itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah akuan itu ialah suatu akuan yang menyatakan bahawa tanah itu adalah diperlukan bagi suatu maksud awam yang dibuat mengikut undang-undang bertulis itu.

(2)

Perbelanjaan dan pampasan mengenai mana-mana harta tak alih yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.

(3)

Jika apa-apa harta tak alih telah diperoleh di bawah seksyen ini,

Lembaga hendaklah mengambil dokumen hakmilik yang perlu mengenai harta itu dan hendaklah membayar apa-apa sewa yang dikenakan ke atas harta itu.