Seksyen 12
of Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980
Seksyen 12
Lembaga hendaklah menubuhkan dan mentadbir suatu kumpulan wang bernama “Kumpulan Wang Lembaga Lebuh Raya
Malaysia”.
(2)
Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang itu—
(a)
apa-apa pemberian yang dibuat kepada Lembaga daripada
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan;
(b)
semua wang yang dipungut atau dibayar di bawah subseksyen 15(1);
(c)
semua wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah seksyen 16;
(d)
semua wang yang didapati atau diperoleh daripada apa-apa pelaburan di bawah seksyen 17 atau daripada apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau diletak hak pada Lembaga; dan
(e)
semua wang lain yang boleh dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau diletak hak pada Lembaga.
(3)
Jika terdapat apa-apa lebihan wang dalam Kumpulan Wang di bawah perenggan (2)(a) berhubung dengan pelaksanaan fungsi
Lembaga di bawah Akta ini, lebihan wang itu hendaklah dibayar oleh
Lembaga ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 231
Perbelanjaan dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang