Seksyen 3
of Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980
Seksyen 3
Suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Lebuh
Raya Malaysia” hendaklah ditubuhkan yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai dan boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan, tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerahkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, memindah hakmilik atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga atas apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
(2)
Jadual hendaklah terpakai bagi Lembaga.