Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 · Updated to 1 Jul 2024 · Bahagian VI · Pelbagai
23. Kuasa untuk mengambil bekerja ejen
Feedback & supportLembaga boleh mengambil bekerja dan membayar ejen dan penasihat teknikal termasuklah peguam bela dan peguam cara, pengurus bank, broker saham, jurukur atau penilai atau orang lain, untuk menguruskan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan dalam melaksanakan kewajipannya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud Akta ini.