Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian III · Prosedur Lembaga

15. Section 15

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Lembaga boleh, bagi apa-apa maksud am atau khas, melantik jawatankuasa-jawatankuasa yang difikirkannya perlu.

(2)

Sesuatu jawatankuasa boleh melakukan semua perkara yang perlu bagi penjalanan yang berkesan akan fungsi-fungsinya tetapi adalah tertakluk kepada arahan-arahan am Lembaga.

(3)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan tidak lebih daripada lima orang yang lain.

(4)

Sesuatu jawatankuasa boleh terdiri daripada orang-orang yang bukan anggota Lembaga.

(5)

Anggota-anggota sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.

(3)

Sesuatu persoalan yang hendak ditentukan di sesuatu mesyuarat jawatankuasa hendaklah diputuskan dengan cara undi terbanyak daripada anggota-anggota yang hadir dan mengundi atas persoalan itu, dan jika terdapat undi sama banyak, maka orang yang mengetuai mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi kedua atau undi pemutus.

(2)

Kuorum bagi mesyuarat jawatankuasa adalah tiga.

Report

Bahagian IV

Pentadbiran

Bahagian V

Bahagian VI

Peruntukan Kewangan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemindahan Pengusahaan, Dsb., Pertubuhan Perbadanan Kepada Lembaga

Bahagian IX

Bahagian X