Seksyen 19
of Akta Lembaga Letrik Sabah 1983
Seksyen 19
Meteri am Lembaga hendaklah disimpan oleh Pengerusi dan tidak boleh digunakan kecuali di hadapan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dan seorang anggota dan penggunaan itu hendaklah disahkan dengan tandatangan orang-orang itu dan pengesahan itu adalah bukti yang cukup bahawa meteri itu telah digunakan dengan sewajar dan sepatutnya dan bahawa ia adalah meteri Lembaga yang sah di sisi undang-undang.
(14)
---
(2)
Semua dokumen, selain dari dokumen yang dikehendaki oleh undang-undang supaya dimeteri, yang mana Lembaga adalah suatu pihak bolehlah ditandatangani bagi pihak Lembaga oleh Pengerusi atau mana-mana anggota atau oleh mana-mana pegawai atau pengkhidmat yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Lembaga.