Seksyen 18
of Akta Lembaga Letrik Sabah 1983
Seksyen 18
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, Pengerusi boleh mewakilkan secara bertulis kepada mana-mana anggota, pegawai atau pengkhidmat Lembaga kuasa dan kewibawaan untuk menjalankan bagi pihaknya apa-apa tugas, kuasa atau fungsi sebagaimana ditentukannya.
(2)
Pengerusi boleh semasa mewakilkan mana-mana kuasa atau kewibawaan di bawah subseksyen (1) kepada mana-mana anggota, pegawai atau pengkhidmat, atau pada bila-bila masa selepas itu memberi arahan-arahan tentang cara bagaimana kuasa atau kewibawaan yang diwakilkan itu hendak dijalankan dan boleh pada bila-bila masa membatalkan, mengubahsuai atau menambah perwakilan itu.