Seksyen 16
of Akta Lembaga Letrik Sabah 1983
ActRepealedProvision 16 of 90
Seksyen 16
(1)
Jika Pengerusi sesuatu jawatankuasa tidak hadir di sesuatu mesyuarat jawatankuasa itu, mana-mana anggota lain jawatankuasa itu sebagaimana yang dipilih oleh anggota-anggota yang hadir hendaklah mengetuai mesyuarat itu.
(4)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang ke sesuatu mesyuaratnya mana-mana orang yang pada pendapatnya boleh membantu dalam pertimbangan telitinya tetapi orang itu tidak mempunyai hak mengundi di mesyuarat itu.
(5)
Tertakluk kepada seksyen ini dan arahan-arahan dari Lembaga, sesuatu jawatankuasa hendaklah mengatur prosedurnya sendiri.