Skip to content

Seksyen 32

Pertukaran karya seni visual

of Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011

ActIn forceProvision 32 of 45
Seksyen 32
(1)

Jika Lembaga berpuas hati bahawa suatu pertukaran karya seni visual dalam koleksi negara dengan suatu karya seni visual lain akan memberikan kelebihan kepada koleksi, maka Balai boleh membuat pertukaran melalui suatu perjanjian.

(2)

Perjanjian yang disebut dalam subseksyen (1) boleh termasuk suatu aku janji oleh satu pihak untuk membayar suatu amaun kepada pihak yang satu lagi bagi mengiktiraf perbezaan nilai antara karya seni visual yang hendak ditukarkan.