Seksyen 33
Pelupusan karya seni visual yang ditinggalkan dengan Balai
of Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011
Jika sesuatu karya seni visual yang tidak diperoleh oleh
Balai ditinggalkan di Balai, dan Balai telah memaklumkan kepada
Lembaga bahawa karya sedemikian telah tidak diambil semula oleh pemunya bagi tempoh tidak kurang daripada satu bulan tanpa apa-apa sebab, maka Lembaga hendaklah memberikan notis bertulis mengandungi butir-butir karya itu kepada pemilik karya itu untuk mengambil karya seni itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis itu yang tidak boleh kurang daripada satu bulan dari tarikh notis itu—
(a)
dengan menghantar notis itu kepada pemunya itu di tempat kediamannya yang terakhir diketahui;
(b)
dengan meninggalkan notis itu di tempat kediaman atau perniagaan pemunya itu yang biasa atau terakhir diketahui, di dalam sampul yang dialamatkan kepada orang itu; atau
(c)
dengan menghantar notis itu melalui surat berdaftar yang dialamatkan kepada pemunya itu di tempat kediaman atau perniagaannya yang biasa atau yang terakhir diketahui.
(2)
Jika pemunya karya itu tidak dapat dipastikan, notis bertulis yang mengandungi butir-butir karya itu hendaklah ditampal di dua
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 29
bahagian yang mudah dilihat di Balai bagi pemunya karya itu mengambil karyanya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu yang tidak boleh kurang daripada satu bulan dari tarikh notis itu.
(3)
Jika pemunya itu gagal untuk mengambil karya itu selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, pemunya itu hendaklah disifatkan telah meninggalkan karyanya dan Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk meluluskan supaya karya itu diperoleh bagi koleksi negara atau dilupuskan melalui jualan, pemberian atau pemusnahan.
(4)
Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa karya yang diperoleh bagi koleksi negara atau dilupuskan melalui jualan, pemberian atau pemusnahan di bawah subseksyen (3), berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika pemerolehan, pelupusan atau pemusnahan itu dibuat dengan niat jahat.
(5)
Semua hasil daripada penjualan mana-mana karya seni visual di bawah seksyen ini hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan
Wang.