Skip to content

Seksyen 31

Pelupusan karya seni visual daripada Balai

of Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011

ActIn forceProvision 31 of 45
Seksyen 31
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), jika Lembaga berpuas hati bahawa sesuatu karya seni visual dalam koleksi negara—

(a)

tidak layak dijadikan koleksi negara; atau

(b)

tidak diperlukan sebagai sebahagian daripada koleksi negara,

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melupuskan karya itu melalui jualan, hadiah atau pemusnahan.

(2)

Sesuatu karya seni visual tidak boleh dilupuskan secara pemusnahan melainkan Lembaga berpuas hati bahawa karya itu tidak mempunyai nilai jualan.

(3)

Pelupusan mana-mana karya seni visual di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan oleh Balai.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 724