Seksyen 41
Pemindahan harta
of Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, mana-mana tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada
Kerajaan
Malaysia berkenaan dengan
Lembaga dibubarkan, hendaklah, pada tarikh itu, dengan kuasa Akta ini terletak hak pada
Kerajaan Malaysia berkenaan dengan Lembaga.
(2)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, dan kepada apa-apa arahan Menteri, segala harta dan aset, selain tanah, yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada Lembaga dibubarkan hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini.
(3)
Maka dengan ini diisytiharkan bahawa mana-mana harta, sama ada harta alih atau harta tidak alih, yang, sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, digunakan bagi maksud yang sebaik selepas tarikh itu menjadi maksud Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Lembaga.