Skip to content
In forceUpdated to 15 Jun 2015Read it in English

Bahagian VII · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

45. Penerusan pegawai dan pekhidmat

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan telah diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat

Lembaga dibubarkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, disifatkan telah diambil khidmat oleh Lembaga yang ditubuhkan oleh

Akta ini.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 724

(2)

Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan telah diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga dibubarkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga yang ditubuhkan oleh

Akta ini atas terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.

(3)

Jika perubahan dibuat pada dan selepas tarikh yang ditetapkan berkenaan dengan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Lembaga dibubarkan yang disifatkan di bawah subsekyen (1) sebagai telah diambil khidmat oleh Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini, mereka hendaklah diberikan suatu opsyen sama ada untuk terus tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang sedia ada atau tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang baru.

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 35

Report

Schedules