Skip to content

Seksyen 43

Penerusan prosiding sivil dan jenayah

of Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011

ActIn forceProvision 43 of 45
Seksyen 43
(1)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau apa-apa kausa tindakan yang belum selesai atau wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga dibubarkan, boleh, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana yang ia mungkin telah diambil oleh atau terhadapnya seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.

(2)

Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum tarikh itu bolehlah dibawa oleh atau terhadap Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini.

Pemindahan Kumpulan Wang