Seksyen 32
Keistimewaan dan kekebalan House of Commons hendaklah dinikmati oleh Majlis dan ahlinya
of Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Akta ini, Majlis dan ahlinya masing-masing hendaklah memegang, menikmati dan menggunakan keistimewaan dan kekebalan, dan kuasa yang berhubungan dengannya sebagaimana yang dipegang, dinikmati dan digunakan oleh Commons House
Parlimen United Kingdom dan oleh ahlinya, dan juga keistimewaan, kekebalan dan kuasa itu sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh mana-mana undang-undang Malaysia tetapi tidak melebihi yang pada mula berkuatkuasanya undang-undang tersebut dipegang, dinikmati dan digunakan oleh Commons House yang disebut terdahulu dan oleh ahli-ahlinya masing-masing, sama ada keistimewaan, kekebalan, atau kuasa itu dipegang, dipunyai atau dinikmati menurut adat, statut atau selainnya.
(2)
Mana-mana ahli Majlis yang menuntut sebagai berhak kepada apa-apa keistimewaan, kekebalan atau kuasa di bawah seksyen ini mungkin dikehendaki oleh Yang Dipertua supaya menyebutkan autoriti, selain daripada seksyen ini, yang menjadi asas tuntutannya itu.
(3)
Yang Dipertua boleh dari semasa ke semasa mengisytiharkan autoriti yang boleh disebutkan bagi maksud seksyen ini.