Skip to content

Seksyen 29

Penalti tambahan oleh Majlis

of Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952

ActIn forceProvision 29 of 34
Seksyen 29
(1)

Tiap-tiap orang yang telah melakukan kesalahan terhadap seksyen 9 atau 10 Akta ini dan telah dihukum bersalah kerana menghina oleh Majlis boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain, dihukum penjara untuk tempoh tidak melebihi enam puluh hari sebagaimana yang ditentukan oleh

Majlis.

(2)

Orang itu hendaklah dipenjarakan mengikut waran yang dikeluarkan di bawah tandatangan Yang Dipertua.