Akta Makanan 1983 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian II · Pentadbiran dan Penguatkuasaan
12. Sabitan disiarkan dalam akhbar
Feedback & supportSuatu pemberitahuan yang mengandungi nama dan pekerjaan mana-mana orang yang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya berserta dengan tempat atau tempat-tempat perniagannya, jenis kesalahan dan denda, lucut hak dan penalti lain yang dikenakan hendaklah, jika mahkamah memerintahkan sedemikian, disiarkan dalam mana-mana akhbar yang beredar di Malaysia atau di mana-mana bahagiannya, dan mahkamah itu selanjutnya hendaklah mengarahkan orang yang disabitkan itu supaya membayar kos penyiarannya dan kos sedemikian itu hendaklah disifatkan seolah-olah ia suatu denda yang dijatuhkan oleh mahkamah itu.