Skip to content

Seksyen 12A

of Akta Makanan 1983

ActIn forceProvision 14 of 47

Seksyen 12A

(1)

Bagi maksud Bahagian ini, istilah “pemunya hak pengilang atau pembungkus” ertinya—

Makanan 25

(a)

dalam hal makanan yang dikilang atau dibungkus di luar negeri, mana-mana orang yang mempunyai hak eksklusif untuk mengedarkan atau menjual makanan itu di Malaysia mengikut lesen, perjanjian atau francais daripada pengilang luar negeri itu; atau

(b)

dalam hal makanan yang dikilang atau dibungkus di dalam negeri, mana-mana orang yang bukan pengilang atau pembungkus tetapi mempunyai hak keempunyaan ke atas pengedaran dan penjualan makanan itu, atau yang menjadi pengilang atau pembungkus, mengedarkan atau menjual makanan itu melalui dan atas nama ejen pemasaran.

(2)

Istilah “pemunya hak pengilang atau pembungkus” dalam subseksyen (1) juga meliputi mana-mana orang yang, berhubung dengan makanan, mendakwa atau mengemukakan dirinya sebagai pemunya hak pengilang atau pembungkus, sama ada makanan itu diimport atau dikilang atau dibungkus dalam negeri.