Skip to content

Seksyen 3A

Makmal diluluskan

of Akta Makanan 1983

ActIn forceProvision 4 of 47
Seksyen 3A
(1)

Menteri boleh, melalui perintah, meluluskan apa-apa bilangan makmal sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud

Akta ini.

(2)

Sesuatu makmal yang diluluskan di bawah subseksyen (1)

hendaklah diberi suatu Perakuan Kelulusan dan perakuan itu hendaklah, dalam apa-apa prosiding undang-undang di bawah Akta ini, diterima sebagai keterangan dan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang diperakui itu.

(3)

Menteri hendaklah menyediakan atau menyebabkan supaya disediakan suatu senarai makmal diluluskan dan menyemaknya mengikut kehendak hal keadaan.