Skip to content

Seksyen 3

of Akta Makanan 1983

ActIn forceProvision 3 of 47

Seksyen 3

(1)

Menteri boleh melantik seberapa ramai juruanalisis sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini dan boleh membuat peraturan-peraturan mengenai kelayakan, kelakuan dan tugas mereka, dan hendaklah menyediakan atau menyebabkan disediakan suatu senarai juruanalisis yang dilantik itu dan menyemaknya semula mengikut kehendak hal keadaan.

(2)

Menteri boleh melantik seberapa ramai pegawai diberi kuasa sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini dan tiap-tiap pegawai diberi kuasa itu hendaklah diberi Perakuan Kuasa dan perakuan itu boleh dalam mana-mana prosiding undang-undang di bawah Akta ini diterima sebagai keterangan dan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang diperakui itu.

12

Undang-Undang Malaysia

(3)

Menteri boleh, berhubung dengan apa-apa perkara yang pada hematnya menjejaskan kepentingan am pengguna, memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam untuk mendapatkan bagi maksud analisis sampel apa-apa makanan, dan dengan itu pegawai tersebut hendaklah mempunyai segala kuasa yang dipunyai oleh seorang pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta ini, dan Akta ini terpakai seolah-olah pegawai itu adalah seorang pegawai diberi kuasa.

(4)

Juruanalisis dan pegawai diberi kuasa yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].