Seksyen 8
Kuasa meminta maklumat
Jika mana-mana pegawai diberi kuasa berpendapat bahawa ada alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa mana-mana orang ada memiliki apa-apa makanan atau lain-lain bahan atau apa-apa perkakas bagi maksud atau ada kaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan makanan dengan melanggar mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya maka dia boleh menghendaki orang itu supaya mengemukakan untuk pemeriksaannya apa-apa buku, dokumen atau rekod lain atau apa-apa maklumat lain berhubungan dengan pengimportan, penyediaan, penerimaan, pemilikan, pembelian, penjualan atau penyerahan makanan itu atau lain-lain bahan atau apa-apa perkakas.
(2)
Mana-mana pegawai diberi kuasa yang disebutkan dalam subseksyen (1) boleh membuat atau menyebabkan dibuat salinan atau cabutan daripada mana-mana buku, dokumen atau rekod itu, atau apa-apa maklumat lain dan salinan atau cabutan itu yang diperakui sedemikian oleh pegawai diberi kuasa itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai salinan atau cabutan yang benar dan betul.
(3)
Mana-mana orang yang enggan atau cuai mematuhi kehendak yang dibuat menurut seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda atau kedua-duanya.
(4)
Mana-mana pegawai diberi kuasa yang—
(a)
tidak menyimpan rahsia mengenai semua perkara yang sampai kepada pengetahuannya pada melaksanakan kewajipan rasminya di bawah seksyen ini; atau 20
Undang-Undang Malaysia
(b)
menyampaikan mana-mana perkara itu kepada sesiapa jua kecuali bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya.