Skip to content

Seksyen 30

Waranti

of Akta Makanan 1983

ActIn forceProvision 36 of 47
Seksyen 30
(1)

Tiada seorang pun pengilang atau pengedar atau peniaga apa-apa makanan yang ditetapkan oleh Menteri boleh menjual makanan sedemikian itu kepada mana-mana penjual melainkan waranti bertulis atau pernyataan bertulis lain diberi yang menyatakan bahawa makanan itu mematuhi peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya.