Skip to content

Seksyen 32

Penalti kerana waranti palsu

of Akta Makanan 1983

ActIn forceProvision 38 of 47
Seksyen 32
(1)

Mana-mana orang yang berkenaan dengan sesuatu makanan yang dijual olehnya sebagai prinsipal atau ejen memberikan kepada pembeli suatu waranti palsu secara bertulis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa adalah menjadi pembelaan jika dia membuktikan hingga memuaskan hati mahkamah bahawa semasa dia memberi waranti itu dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pernyataan atau perihal yang terkandung dalamnya adalah benar.

(2)

Peruntukan subseksyen 19(2) yang bermaksud bahawa tiada apa-apa prosiding boleh dibawa selepas tamatnya tempoh satu ratus lima puluh hari dari masa membeli atau mendapatkan apa-apa makanan tidak terpakai berhubung dengan waranti palsu.