Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2018Read it in English

Bahagian IX · Pelbagai

107. Penyenggaraan daftar perceraian dan pembatalan

Feedback & support
(1)

Pendaftar Besar hendaklah menyenggara suatu daftar perceraian dan pembatalan dan hendaklah segera mencatatkan di dalamnya butir-butir yang ditetapkan mengenai semua dekri

76

Undang-Undang Malaysia perceraian dan pembatalan yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (2) dan mengenai semua dekri perceraian dan pembatalan yang untuk pendaftarannya permohonan dibuat di bawah subseksyen (3).

(2)

Tiap-tiap mahkamah yang memberi sesuatu dekri perceraian atau pembatalan hendaklah segera menghantar satu salinan sah yang diperakui mengenai dekri itu kepada Pendaftar Besar untuk didaftarkan.

(3)

Jika sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan di Malaysia dibubarkan atau dibatalkan dengan sesuatu dekri mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang layak di luar Malaysia, salah satu daripada pihak-pihak itu boleh memohon kepada Pendaftar Besar supaya dekri itu didaftarkan dan Pendaftar Besar itu, apabila berpuas hati bahawa dekri itu adalah suatu dekri yang patut diiktiraf sebagai sah bagi maksud undang-undang Malaysia, hendaklah mendaftarkan dekri itu.

(4)

Jika sesuatu dekri perceraian atau pembatalan, di mana jua telah diberi, telah membubarkan sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan di Malaysia dan yang telah didaftarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa sebelum sahaja mula berjalan kuat kuasa Akta ini, Pendaftar Besar hendaklah, apabila mendaftarkan dekri itu, mengarahkan supaya catatan dalam daftar perkahwinan itu berhubungan dengan perkahwinan itu ditanda dengan perkataan “Dibubarkan” dan suatu rujukan mengenai prosiding dalam mana dekri itu telah diberi.

Report