Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian IX · Pelbagai
108. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah
Feedback & supportJawatankuasa Kaedah boleh membuat kaedah-kaedah bagi mengawal amalan dan tatacara dalam semua prosiding perkahwinan di bawah Akta ini sebagaimana yang difikirkannya perlu dan juga kaedah-kaedah bagi menetapkan dan mengawal bayaran dan kos yang kena dibayar atas segala prosiding itu;
dan tertakluk padanya semua prosiding di bawah Akta ini hendaklah tertakluk kepada
Kaedah-Kaedah
Prosiding
Perceraian dan
Perkahwinan 1980 [P.U. (A) 32/1980].
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 77
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi maksud Akta ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut di atas, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan bagi—
menetapkan cara bagaimana Pendaftar hendak menjalankan kuasa yang diberi kepada mereka oleh Akta ini;
borang daftar perkahwinan dan perakuan perkahwinan dan cara bagaimana daftar dan perakuan itu hendak disimpan;
cara bagaimana Pendaftar Besar, Penguasa Pendaftar,
Pendaftar dan Penolong Pendaftar hendak menyimpan perakuan perkahwinan, daftar perkahwinan dan indeksnya;
membekal dan menyimpan dengan selamat daftar perkahwinan, buku catatan Pendaftar dan semua akuan yang dibuat bagi maksud Akta ini;
menyedia dan menyampaikan penyata mengenai perkahwinan yang diupacarakan di Malaysia dan di luar negara dan mengenai perkahwinan yang didaftarkan di bawah Akta ini;
borang bagi perakuan, notis atau dokumen lain yang dikehendaki bagi maksud melaksanakan Akta ini;
membuat carian dan memberi salinan yang diperakui;
menetapkan bayaran yang boleh dikenakan bagi maksud
Akta ini.