Skip to content

Seksyen 36

Pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya

of Akta Orang Kurang Upaya 2008

ActIn forceProvision 36 of 46
Seksyen 36
(1)

Kerajaan dan penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah menyediakan perkhidmatan kesihatan yang perlu kepada orang kurang upaya yang hendaklah termasuk yang berikut:

(a)

pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya, imunisasi, pemakanan, perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar dan kaunseling genetik; dan

(b)

pengesanan awal ketidakupayaan dan intervensi yang tepat pada masanya untuk mencegah ketidakupayaan dan rawatan bagi rehabilitasi.

(2)

Dalam mengambil langkah untuk mencegah berlakunya ketidakupayaan selanjutnya, Kerajaan hendaklah—

(a)

menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan tinjauan, penyiasatan dan penyelidikan berhubung dengan sebab berlakunya ketidakupayaan; dan

(b)

menaja atau menyebabkan supaya ditaja kempen kesedaran dan menyebarkan atau menyebabkan supaya disebarkan maklumat mengenai penyebab ketidakupayaan dan langkah pencegahan untuk diterima pakai dan mengenai kebersihan, kesihatan dan sanitasi umum.