Seksyen 44
Segala perbuatan dan perkara yang dilakukan bagi pihak
of Akta Orang Kurang Upaya 2008
ActIn forceProvision 44 of 46
Seksyen 44
Kerajaan atau Majlis sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan perkara yang dilakukan itu selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat pelakuan perbuatan atau perkara itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya hendaklah pada permulaan kuat kuasa Akta ini disifatkan sebagai hak dan obligasi Kerajaan atau Majlis.