Seksyen 45
Kecualian dan peralihan
of Akta Orang Kurang Upaya 2008
Mana-mana orang yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini didaftarkan sebagai orang kurang upaya dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini disifatkan sebagai orang kurang upaya yang berdaftar di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana orang kurang upaya yang kepadanya suatu kad pengenalan telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dikeluarkan kepadanya suatu Kad OKU di bawah Akta ini.
(3)
Semua daftar yang berhubungan dengan pendaftaran orang kurang upaya yang disimpan dan disenggarakan oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan sebagai daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Daftar
Orang Kurang Upaya.
Orang Kurang Upaya 35