Seksyen 167
Bantuan kepada Perbadanan
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012
Seseorang orang yang berkaitan hendaklah memberikan apa-apa bantuan kepada Perbadanan, atau kepada seseorang yang bertindak bagi pihak atau dengan kuasa Perbadanan sebagaimana Perbadanan atau orang itu dengan munasabahnya menghendaki, termasuk pemberian apa-apa penyata, dan pemberian apa-apa peruntukan maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan operasi orang yang berkaitan itu atau apa-apa maklumat atau dokumen lain sebagaimana yang Perbadanan atau orang itu menghendaki bagi maksud penentuan suatu tuntutan di bawah Bahagian ini.
(2)
Perbadanan boleh, sama ada dengan sendirinya atau atas permohonan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang menuntut, memanggil dan memeriksa saksi yang difikirkannya material bagi siasatannya terhadap sesuatu tuntutan.
(3)
Seseorang yang enggan atau gagal, tanpa alasan yang sah, untuk membantu Perbadanan atau seseorang yang bertindak bagi pihak, atau dengan kuasa, Perbadanan, mengikut subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan, dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pensubrogasian Perbadanan terhadap hak dan remedi pihak yang menuntut apabila pembayaran dibuat daripada
Dana Pampasan Pasaran Modal