Seksyen 168
Jika Perbadanan membuat suatu pembayaran daripada
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012
Dana Pampasan Pasaran Modal berkenaan dengan suatu tuntutan daripada Dana Pampasan Pasaran Modal di bawah
Akta ini—
(a)
Perbadanan itu adalah disubrogasi setakat pembayaran mengenai semua hak dan remedi pihak yang menuntut itu berkenaan dengan kerugian yang ditanggung oleh pihak yang menuntut itu; dan 25
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(b)
pihak yang menuntut itu tidak boleh membuat apa-apa tuntutan atau mempunyai apa-apa hak di bawah kebankrapan atau prosiding undang-undang atau selainnya untuk menerima berkenaan dengan kerugian itu—
(i)
apa-apa jumlah daripada aset orang yang berkaitan berkenaan; atau
(ii)
apa-apa jumlah jika kerugian itu disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau peninggalan seseorang pengarah, pegawai, wakil atau pekerja orang yang berkaitan itu, sehingga Perbadanan itu telah dibayar ganti amaun penuh pembayaran yang dibuat olehnya daripada
Dana Pampasan Pasaran Modal, termasuk apa-apa bunga yang dibayar.