Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Penggal 4

165. Kaedah-kaedah Perbadanan

Feedback & support
(1)

Perbadanan hendaklah membuat kaedah-kaedah untuk diluluskan oleh Suruhanjaya, bagi mengawal pentadbiran teratur Perbadanan dan Dana Pampasan Pasaran Modal.

(2)

Perbadanan tidak boleh meminda kaedah-kaedahnya tanpa mendapatkan kelulusan Suruhanjaya terlebih dahulu.

(3)

Kaedah-kaedah Perbadanan boleh termasuk—

(a)

skop dan kategori pihak yang menuntut yang layak untuk membuat suatu tuntutan daripada Dana

Pampasan Pasaran Modal;

(b)

cara tuntutan dibuat;

(c)

cara tuntutan ditentukan dan diberi award oleh

Perbadanan;

(d)

fi pemprosesan atau pentadbiran;

(e)

hal keadaan yang Perbadanan boleh membuat suatu pembayaran interim sebelum penentuan muktamad suatu tuntutan;

(f)

hal keadaan yang Perbadanan boleh membuat suatu pembayaran kepada seseorang selain pihak yang menuntut;

(g)

hal keadaan yang suatu tuntutan boleh ditolak oleh

Perbadanan; dan

(h)

cara keputusan suatu tuntutan boleh diberitahu kepada pihak yang menuntut dan orang yang berkaitan.

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ibu dipinda dengan menggantikan

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas