Amendment Act · As enacted · 6 parts
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012
Feedback & supportAmends the Capital Markets and Services Act 2007Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan (Pindaan) 2012.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan
Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa—
peruntukan yang berlainan dalam Akta ini; atau
semua peruntukan atau peruntukan yang berlainan dalam
Akta ini berkenaan dengan kelas atau kategori orang, sekuriti atau derivatif yang berlainan.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN
(PINDAAN) 2012
4
Undang-Undang Malaysia
s 2Pindaan seksyen 2
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671], yang disebut sebagai “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)—
dengan memasukkan selepas takrif “aktiviti terkawal”
takrif yang berikut:
‘ “amanah perniagaan” ertinya suatu skim unit amanah yang operasi atau pengurusan skim itu dan harta atau aset skim itu diuruskan oleh seorang pengurus pemegang amanah;’;
dengan menggantikan takrif “produk pasaran modal”
dengan takrif yang berikut:
‘ “produk pasaran modal” ertinya—
sekuriti;
derivatif;
suatu skim persaraan swasta;
suatu skim unit amanah;
apa-apa produk atau perkiraan yang berasaskan sekuriti atau derivatif, atau mana-mana gabungannya; dan
apa-apa produk lain yang ditetapkan oleh Menteri sebagai suatu produk pasaran modal;’;
dengan memasukkan selepas takrif “perkhidmatan maklumat” takrif yang berikut:
‘ “perkhidmatan pasaran modal” ertinya apa-apa perkhidmatan sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 76A, tetapi tidak termasuk suatu aktiviti terkawal;’;
5
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
dalam perenggan (b) pada takrif “urusan atau transaksi pasaran modal Islam” dengan menggantikan perkataan
“apa-apa cadangan yang termasuk dalam subseksyen 212(2)” dengan perkataan “apa-apa cadangan, skim, transaksi, perkiraan, aktiviti, produk atau perkara di bawah seksyen 212”;
dalam perenggan (c) pada takrif “sekuriti” dengan menggantikan perkataan “unit amanah” dengan perkataan
“unit dalam suatu skim unit amanah”; dan
dalam perenggan (c) pada takrif “skim unit amanah” dengan memasukkan perkataan “atau aset” selepas perkataan
“harta”.
s 3Pindaan seksyen 20
Subseksyen 20(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 212” dengan perkataan “seksyen 214”.
s 4Pemotongan seksyen 70
Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 70.
s 5Pindaan seksyen 76
Subseksyen 76(6) Akta ibu dipinda dalam subperenggan (c)(i)
dan (iv) dengan menggantikan perkataan “dan 97” dengan perkataan “, 97 dan 139ZN”.
s 6Seksyen baru 76A baru
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 76
seksyen yang berikut:
Suruhanjaya boleh menentukan apa-apa perkhidmatan sebagai suatu perkhidmatan pasaran modal.
6
Undang-Undang Malaysia
Seseorang yang menyediakan apa-apa perkhidmatan pasaran modal hendaklah memohon untuk didaftarkan di bawah seksyen ini.
Suruhanjaya boleh, apabila suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (2), mendaftarkan orang itu tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya, dan Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa, melalui notis secara bertulis, meminda atau membatalkan apa-apa terma atau syarat itu atau mengenakan terma atau syarat baru.
Jika Suruhanjaya, melalui notis secara bertulis, meminda atau membatalkan apa-apa terma atau syarat atau mengenakan apa-apa terma atau syarat baru di bawah subseksyen (3), pindaan, pembatalan atau pengenaan itu hendaklah berkuat kuasa pada masa penyampaian notis itu atau pada masa yang ditentukan dalam notis itu.
Suruhanjaya boleh menarik balik pendaftaran yang diberikan di bawah subseksyen (3) jika ia perlu bagi perlindungan pelabur atau kepentingan awam atau jika apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3)
atau (4) telah tidak dipatuhi.
Suruhanjaya hendaklah memberi orang itu suatu peluang untuk didengar sebelum apa-apa keputusan dibuat di bawah subseksyen (5).”.
s 7Pindaan seksyen 105
Subseksyen 105(3) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan
“dan seksyen 106”.
s 8Pemotongan seksyen 106
Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 106.
s 9Pindaan seksyen 139ZK
Seksyen 139ZK Akta ibu dipinda pada nota bahu dengan memasukkan selepas perkataan “mengelirukan” perkataan “kepada
Suruhanjaya”.
7
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
s 10Seksyen baru 139ZN, 139ZO, 139ZP, 139ZQ dan 139ZR
Bahagian IIIA Akta ibu dipinda dalam Penggal 4 dengan memasukkan selepas seksyen 139ZM seksyen yang berikut:
“Syor oleh orang berlesen 139ZN. (1) Seseorang orang berlesen tidak boleh membuat sesuatu syor berkenaan dengan apa-apa skim persaraan swasta kepada seseorang yang semunasabahnya boleh dijangkakan akan bergantung pada syor itu tanpa mempunyai asas yang munasabah untuk membuat syor itu kepada orang itu.
Bagi maksud subseksyen (1), seseorang orang berlesen tidak mempunyai suatu asas yang munasabah untuk membuat sesuatu syor kepada seseorang melainkan—
orang berlesen itu telah, bagi maksud memastikan bahawa syor itu adalah sesuai, mengambil semua langkah yang dapat dilaksanakan bagi memastikan bahawa maklumat yang dimiliki dan dipercayai oleh orang berlesen itu berkenaan dengan objektif pelaburan, kedudukan kewangan dan keperluan tertentu orang itu adalah tepat dan lengkap;
orang berlesen itu telah memberikan pertimbangan kepada, dan menjalankan penyiasatan tentang, hal perkara syor itu sebagaimana yang munasabah dalam segala hal keadaan; dan
syor itu adalah berasaskan pertimbangan dan penyiasatan yang sedemikian.
Jika orang berlesen melanggar subseksyen (1) dan—
orang itu, kerana bergantung pada syor itu, melakukan suatu perbuatan tertentu atau menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan tertentu;
adalah munasabah, setelah mengambil kira syor itu dan segala hal keadaan lain yang berkaitan, bagi orang itu untuk melakukan perbuatan itu atau menahan diri daripada melakukan perbuatan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kerana bergantung pada syor itu; dan
orang itu mengalami kehilangan atau kerugian akibat melakukan perbuatan itu atau menahan diri daripada melakukan perbuatan itu,
8
Undang-Undang Malaysia orang berlesen itu hendaklah bertanggungan untuk membayar ganti rugi kepada orang itu berkenaan dengan kehilangan atau kerugian itu.
Seseorang orang berlesen tidak bertanggungan di bawah subseksyen (3) jika dibuktikan bahawa seseorang yang munasabah dalam hal keadaan itu boleh dijangkakan akan melakukan atau meninggalkan daripada melakukan perbuatan itu kerana bergantung pada syor itu walaupun orang berlesen itu telah mematuhi subseksyen itu berhubung dengan syor itu.
Dalam hal pelanggaran subseksyen (1), seseorang orang berlesen tidak bertanggungan jika dibuktikan bahawa syor itu adalah, dalam segala hal keadaan, wajar dengan mengambil kira maklumat yang ada pada orang berlesen itu tentang objektif pelaburan, kedudukan kewangan dan keperluan tertentu klien itu semasa orang berlesen membuat syor itu.
Akuan palsu atau mengelirukan atau memberikan dokumen palsu kepada penyedia dan pentadbir 139ZO. (1) Seseorang tidak boleh—
membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani apa-apa akuan, penyata, sijil atau dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah suatu pentadbir skim persaraan swasta yang palsu, mengelirukan atau yang dalamnya terdapat ketinggalan yang material; atau
menyediakan apa-apa maklumat atau memberikan apa-apa dokumen yang palsu, mengelirukan atau yang dalamnya terdapat ketinggalan yang material, kepada pentadbir skim persaraan swasta atau penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) dengan niat untuk memperdaya pentadbir skim persaraan swasta atau penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.
9
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
Seseorang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (2) berhubung dengan pengeluaran faedah terakru hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh sabitan, mengembalikan keseluruhan amaun yang dikeluarkan.
Pernyataan yang palsu atau mengelirukan, dsb.
139ZP. Seseorang tidak boleh membuat suatu pernyataan, atau menyebarkan maklumat, yang palsu atau mengelirukan dalam butir material dan yang berkemungkinan mendorong mana-mana orang untuk membuat suatu caruman kepada suatu skim persaraan swasta jika, bila dia membuat pernyataan atau menyebarkan maklumat itu—
dia tidak mempedulikan sama ada pernyataan atau maklumat itu adalah benar atau palsu; atau
dia mengetahui atau semunasabahnya patut mengetahui bahawa pernyataan atau maklumat itu adalah palsu atau mengelirukan dalam butir material.
139ZQ.
Penggunaan peranti manipulasi dan memperdaya
Adalah menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung untuk—
menggunakan apa-apa peranti, skim atau tipu daya untuk memfraud;
melibatkan diri dalam apa-apa perbuatan, amalan atau penjalanan urusan yang beroperasi atau akan beroperasi sebagai fraud atau penipuan terhadap mana-mana orang; atau
membuat apa-apa pernyataan yang tidak benar mengenai suatu fakta material atau meninggalkan daripada menyatakan suatu fakta material yang perlu bagi menjadikan pernyataan yang dibuat itu, dalam hal keadaan yang pernyataan itu dibuat, tidak mengelirukan,
10
Undang-Undang Malaysia berkaitan dengan—
perolehan atau pelupusan kepentingan benefisial di bawah suatu skim persaraan swasta;
membuat caruman kepada suatu skim persaraan swasta; atau
pengeluaran apa-apa jumlah daripada suatu skim persaraan swasta.
Penalti bagi kesalahan di bawah seksyen 139ZP dan 139ZQ
139ZR. Seseorang yang melanggar seksyen 139ZP dan 139ZQ melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan didenda tidak kurang daripada satu juta ringgit.”.
s 11Penggantian Bahagian IV
Akta ibu dipinda dengan menggantikan Bahagian IV dengan bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN IV
DANA PAMPASAN PASARAN MODAL
Penggal 1
Penggal 2
Penggal 3
Penggal 4
Bahagian VI
Bahagian VI Akta ibu dipinda dengan menggantikan
Bahagian VI