Skip to content

Seksyen 141

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 13 of 87

Seksyen 141

(1)

Suatu pertubuhan perbadanan yang dikenali sebagai

“Perbadanan Dana Pampasan Pasaran Modal” ditubuhkan.

(2)

Perbadanan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.

12

Undang-Undang Malaysia

(3)

Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya.

(4)

Tertakluk kepada dan bagi maksud pentadbiran dan pengurusan Dana Pampasan Pasaran Modal, Perbadanan boleh, atas terma yang disifatkan patut olehnya—

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati semua jenis harta alih dan harta tak alih;

dan

(c)

memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, memajakkan, menyerahhakkan semula, memindahkan hak milik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada

Perbadanan.

(5)

Perbadanan boleh dari semasa ke semasa mengambil orang bekerja mengikut terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan.