Skip to content

Seksyen 17

Seksyen baru 139zs

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015

Amendment ActIn forceProvision 21 of 60
Seksyen 17

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 139zr seksyen yang berikut:

“Penamaan

139zs.  Walau apa pun apa-apa jua yang tidak selaras atau bertentangan dengan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan probet, pentadbiran, pengagihan, atau pelupusan, harta pusaka orang yang mati, atau dalam mana-mana amalan atau adat berhubung dengan perkara ini, seorang anggota boleh menamakan mana-mana orang untuk menerima apa-apa bayaran atau pelupusan mana-mana bahagian faedah yang terakru anggota itu, selepas kematian anggota itu tertakluk kepada mana-mana peraturan-peraturan atau garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini.”.