Skip to content

Seksyen 218d

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015

Amendment ActIn forceProvision 28 of 57

Seksyen 218d

(1)

Apabila diminta oleh penasihat bebas atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 218a, penerima tawaran dan mana-mana pengarahnya, pegawai eksekutif atau setiausaha, pekerja atau ejennya hendaklah memberi akses kepada apa-apa maklumat, buku, akaun dan rekod dan apa-apa aset yang dipegang oleh penerima tawaran itu yang berhubungan dengan urusannya.

(2)

Seorang penerima tawaran dan mana-mana pengarahnya, pegawai ekesekutif, setiausaha, pekerja atau ejennya yang dilantik oleh penerima tawaran, hendaklah menjawab semua soalan yang berkaitan dengan penyediaan pekeliling penasihat bebas yang dikemukakan kepadanya oleh penasihat bebas.”.

Pindaan seksyen 219