Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 · Updated to 1 Jul 2006 · Bahagian IX · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
43. Pengemukaan dokumen, dsb
Feedback & supportSemasa menjalankan suatu penyiasatan atau pemeriksaan di bawah Bahagian ini pegawai penguat kuasa boleh—
(a)
menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar, penyata kewangan, dokumen, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik; dan
(b)
memeriksa, membuat salinan, mengambil cabutan daripada, mengalihkan dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik.