Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 · Updated to 1 Jul 2006 · Bahagian IX · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
49. Kuasa untuk mengelak
Feedback & supportJika pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana program yang ditauliahkan sedang dijalankan di mana-mana premis—
tanpa ditetapkan dalam sijil pentauliahan di bawah subseksyen 26(1); atau
dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh
Menteri atau Ketua Pengarah, pegawai penguat kuasa itu boleh dengan serta-merta mengambil apa-apa langkah yang disifatkannya perlu atau dengan apa-apa cara mengelak premis itu.
Penyedia latihan kemahiran yang menggunakan premis yang telah dilak hendaklah—
dalam masa dua puluh satu hari dari pengelakan itu mengemukakan kepada Ketua Pengarah sijil pentauliahan;
dan
menanggung apa-apa kos yang ditanggung berbangkit daripada tindakan itu.
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 29
Pengelakan itu hendaklah dibuka jika—
penyedia latihan kemahiran itu mematuhi kehendak subseksyen (2); atau
suatu perintah mahkamah diperoleh terhadap penyedia latihan kemahiran itu untuk berhenti daripada menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu, mana-mana satu yang lebih awal.
Pegawai penguat kuasa yang melakukan tindakan di bawah seksyen ini tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kos yang berbangkit daripada tindakan atau kerosakan pada premis yang dilak di bawah seksyen ini melainkan jika kerosakan itu dilakukan dengan sengaja.
Apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah seksyen ini berkenaan dengan premis itu tidaklah menghalang pendakwaan terhadap mana-mana penyedia latihan kemahiran yang menggunakan premis itu yang berlawanan dengan Akta ini.