Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 · Updated to 1 Jul 2006 · Bahagian IX · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
50. Pengemukaan kad kuasa
Feedback & support(1)
Seseorang pegawai penguat kuasa atau Inspektor apabila menjalankan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini hendaklah mengisytiharkan jawatannya dan hendaklah mengemukakan kepada orang yang terhadapnya yang dia bertindak atau daripadanya dia menghendaki apa-apa maklumat itu, kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dibawa oleh pegawai itu.
(2)
Kad kuasa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.
Tiada hak ke atas kos prosiding, ganti rugi atau relief lain, dsb.