Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2006Read it in English

Bahagian XI

70. Daftar

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan daftar mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditetapkan mengenai—

(a)

semua Standard yang diluluskan oleh Majlis di bawah seksyen 20;

(b)

semua sijil pentauliahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 26 yang mengandungi semua butir berkaitan dengan penyedia latihan kemahiran dan program yang bertauliah yang dijalankan oleh mereka;

(c)

semua Sijil yang dianugerahkan di bawah seksyen 34;

dan

(d)

mana-mana rekod lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Ketua Pengarah.

(2)

Orang awam boleh membuat suatu carian pada daftar dengan membayar fi yang ditetapkan.

Report

Bahagian XII

Peruntukan Peralihan dan Kecualian