Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 · Updated to 1 Jul 2006 · Bahagian XI
72. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan dengan baik peruntukan
Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi menetapkan—
tatacara, cara dan borang bagi pentauliahan dan pembaharuan pentauliahan;
tatacara, cara dan borang bagi penilaian dan pengiktirafan kelayakan kemahiran;
tatacara, cara dan borang bagi permohonan bagi ujian kemahiran dan penganugerahan kelayakan kemahiran;
fi dan caj yang dikenakan berkenaan apa-apa perkara yang dilakukan di bawah Akta ini;
tatacara yang hendaklah diikuti berkenaan dengan pengiklanan oleh penyedia latihan kemahiran;
kesalahan yang boleh dikompaunkan dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan itu;
tatacara bagi penggantungan atau pembatalan sijil pentauliahan;
tatacara, cara dan bentuk penguatkuasaan dan penyiasatan di bawah Akta ini; atau
apa-apa perkara lain yang perlu atau suai manfaat bagi maksud Akta ini.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan dalam peraturan-peraturan adalah suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.